Posted on Leave a comment

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah merupakan salah satu juadah popular Hari Raya. Terdapat pelbagai resepi ayam masak merah tetapi saya lebih suka masakan yang menggunakan bahan-bahan yang segar kerana saya sukakkan gaya masakan yang sihat. Dalam resepi ini saya akan membuat cili kisar dan tomato pes daripada awal. Anda boleh mengggantikannya dengan cili kisar dan puri tomato ataupun tomato dalam tin yang dibeli di kedai.

Dalam masakan ini saya tidak menggunakan sebarang sos cili, sos tomato atau sos tiram. Tetapi ramai yang sukakan rasa sos dalam ayam masak merah, maka terpulanglah kepada citarasa anda untuk menambahkannya dalam masakan. 

Saya lebih cenderung menggunakan minyak yang mengandungi kandungan omega-3 dan omega-6 yang lebih tinggi seperti minyak bunga matahari atau minyak bunga canola dan dengan kuantiti yang kurang berbanding biasa. Kurangkan penggunaan minyak dengan menggunakan air-fryer untuk menggoreng ayam sebagai untuk pilihan yang lebih sihat. Anda boleh mengubah sendiri kuantiti bahan-bahan mengikut kesesuaian dan citarasa anda. 

Ayam Masak Merah

Prep Time1 hr
Cook Time1 hr 30 mins
Course: Raya
Cuisine: Malay
Servings: 8 people

Ingredients

  • 1 genggam Cili Kering
  • 4 biji Tomato, saiz besar yang berwarna merah & ranum
  • 7 labu Bawang besar, saiz besar
  • 1 inci Halia dikisar
  • 2 batang Serai diketuk
  • 1 cawan Gula merah/melaka (palm sugar/jaggery powder)
  • 1 ekor Ayam dipotong dan dibersihkan
  • 2 sudu besar Serbuk kunyit
  • Minyak
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 2 biji Bunga lawang
  • 2 sudu besar Sos cili pilihan
  • 2 sudu besar Sos tomato pilihan
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar untuk hiasan

Instructions

Cili Kisar

  • Gunting cili kering dengan menyerong, dengan kepanjangan 2 cm. 
    Cili kering yang telah dipotong
  • Masukkan cili dalam tapis dan alaskan di bawahnya dengan dulang atas bekas yang besar. Goncangkan tapis selama beberapa kali sehingga hampir semua biji cili dibuang. 
    Tapis biji cili kering
  • Didihkan air dalam periuk dan masukkan cili kering. Masak selama 10 minit sehingga kembang. 
    Rebus cili kering
  • Toskan cili dan masukkan nya ke dalam pengisar. Tambah air sehingga paras air sama dengan paras cili. Kisar sehingga halus. 

Kupas Kulit Tomato

  • Panaskan periuk kecil yang berisi air dengan ketinggian lebih sedikit daripada ketinggian tomato. Toreh kulit pada bahagian bawah tomato kepada 4 belahan.
    Tomato yang telah dikelar
  • Setelah air mendidih masukkan tomato dan masak selama 1-2 minit sehingga kulit mula tercabut. 
    Ayam Masak Merah: Tomato yang telah direbus
  • Keluarkan tomato dan kupas kulitnya.
    Ayam Masak Merah: Tomato yang telah dikupas kulit
  • Potong dadu tomato tersebut.
    Ayam Masak Merah - Tomato Dadu

Memasak Sambal

  • Mayang 6 labu bawang besar dengan ketebalan 2mm dan hiris 1 labu bawang membentuk  cincin (ring) dengan ketebalan 5mm.
    Ayam Masak Merah - Bahan Tumis
  • Panaskan periuk/kuali dengan api sederhana rendah. Masukkan minyak. Masukkan hirisan bawang ( 6 labu). Goreng selama 20 minit sehingga warna semua bawang menjadi keperangan dengan sekata.
    Ayam Masak Merah - Tumis Bawang
  • Buang minyak yang berlebihan, jika ada. Masukkan halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan tumis sehingga naik bau.
    Ayam Masak Merah - Bahan Tumisan
  • Masukkan cili kisar, serai, tomato, gula merah/melaka. Masukkan sos cili dan sos tomato mengikut cita rasa. Tutup kuali dan biarkan sambal masak dengan api yang rendah selama 1-1.5 jam.
    Ayam Masak Merah - Tumis Sambal
  • Sekali sekala kacau kuah agar ia tidak hangit. Tambahkan air sekiranya kuah menjadi kering. Ulang proses ini sehingga warna sambal berubah menjadi gelap dan pecah minyak. Tambah garam secukup rasa. Masukkan hirisan bawang merah (ketebalan 5mm) 5 minit sebelum api ditutup. 

Menggoreng Ayam

  • Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
    Ayam yang telah disalut kunyit untuk digoreng
  • Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Apabila minyak sudah panas, goreng ayam sehingga masak. 

Gaul Ayam & Sambal

  • Masukkan ayam goreng ke dalam kuah masak merah dan gaul rata. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan. 
    Ayam Masak Merah
  • Hidang bersama ketupat atau nasi

Video

Notes

  • Semakin lama masa yang diambil untuk memasak kuah, semakin gelap warna kuah. 
  • Bawang yang digoreng dengan betul akan menjadi hancur ketika masak. Ia perlu digoreng sehingga semuanya bertukar warna keperangan tetapi jangan sampai dia kering seperti bawang goreng/hangus.
  • Sekiranya anda kesuntukan masa, maka bolehlah kisar bawang bersama dengan cili. 
  • Tomato juga boleh digantikan dengan bahan lain seperti sos tomato, sos cili, puri tomato atau asam keping atau asam jawa. Mulakan dengan kuantiti yang sedikit dan rasa kemasaman sambal sebelum menambah kuantiti yang lebih banyak. 
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating