Posted on Leave a comment

Biryani Ayam Muar

Biryani Ayam

Resepi biryani untuk ayam/daging/kambing ini adalah untuk digandingkan bersama dengan nasi biryani. Secara peribadi saya lebih sukakan biryani kambing atau biri-biri kerana rasa dan baunya jauh lebih sedap berbanding dengan ayam atau daging. Namun sesetengah orang tidak gemarkan daging kambing/biri-biri kerana baunya jadi boleh lah gantikannya dengan ayam atau daging. 

Resipi ini adalah resipi rahsia keluarga saya. Ia adalah gabungan dari cara masakan Muar, Pakistan dan Arab yang terhasil setelah bertahun-tahun membuat penyelidikan, percubaan dan kesilapan. Jutaan terima kasih kepada ayah saya, Hamdan bin Mohd Salleh, kerana sudi berkongsikan resepi ini. 

Biryani Ayam Muar

Resepi biryani untuk ayam/daging/kambing ini adalah untuk digandingkan bersama dengan nasi biryani. Resipi ini adalah resipi rahsia keluarga saya. Teknik masakan untuk resepi adalah gabungan daripada cara masakan Biryani Muar, Pakistan dan Arab yang terhasil setelah bertahun-tahun membuat penyelidikan, percubaan dan kesilapan.
Prep Time1 hr
Cook Time1 hr 30 mins
Marinade Time2 hrs
Course: Main Course
Cuisine: Malay
Servings: 8 people

Ingredients

Bahan Perapan

  • 1 ekor Ayam (2kg) dibersihkan dan dipotong
  • 2 sudu besar Garam
  • 2 sudu besar Gula perang
  • 1 sudu besar Sebuk kunyit
  • 2 sudu besar Serbuk cili serbok
  • 2 biji Limau nipis
  • 2 sudu besar Rempah biryani

Bahan Tumis

  • 1 cawan Minyak
  • 2 batang Kulit kayu manis
  • 4 biji Bunga lawang
  • 8 biji Buah pelaga
  • 8 batang Bunga cengkih
  • 500g/ 4 labu Bawang besar, saiz sederhana dimayang ketebalan 2mm
  • 200 g Halia, dikisar
  • 200 g Bawang putih, dikisar
  • 100 g Cili padi, dipotong halus
  • 4 keping Daun salam (bay leaves)
  • 2 sudu besar Rempah biryani
  • 1 cawan Yogurt
  • 2 cawan Daun ketumbar dipotong
  • 2 cawan Daun pudina dipotong
  • 2 biji Tomato, bersaiz sederhana dihiris halus

Instructions

Perap Ayam/Daging

  • Campur semua bahan perapan ayam/daging dan gaul rata. Perap sekurangnya selama 2 jam.
    Biryani Ayam - Perap Ayam

Masak Biryani Ayam

  • Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih). Tumis atau goreng bawang hingga keperangan. Masukkan daun salam.
  • Masukkan halia, bawang putih & cili. Masak sehingga pecah minyak.
    Biryani Ayam - Tumis Bawang
  • Masukkan tomato, daun ketumbar, daun pudina, yogurt dan rempah biryani. Gaul rata dan masak sehingga pecah minyak. 
    Biryani Ayam
  • Masukkan ayam dan masak selama 15-20 minit sehingga ayam masak. Tambah garam dan gula secukup rasa.
    Biryani Ayam
  • Buang minyak yang berlebihan.
    Biryani Ayam
  • Hidang bersama dengan nasi biryani, dalca atau acar rampai.

Notes

  • Sekiranya menggunakan daging atau kambing, potong kepada saiz yang kecil 150-160 gm (0.75 inci x 1.5 inci x 3 inci). Perap kemudian rebus terlebih dahulu selama 2-3 jam sehingga lembut.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating