Posted on Leave a comment

Ketupat Bawang

Ketupat bawang

Ketupat bawang adalah salah satu juadah popular pada Hari Raya yang dihidangkan bersama dengan . Ketupat bawang diperbuat daripada daun kelapa yang dianyam dan kemudian diisikan dengan beras dan direbus. Jika dibandingkan ketupat bawang dengan nasi impit, rasa dan baunya adalah lebih menarik disebabkan penggunaan daun kelapa.

Kebiasaannya kami akan masak 30-50 biji ketupat pada hari raya untuk menjamu keluarga, saudara-mara dan tetamu yang lain. Oleh itu, proses menganyam ketupat dan mengisi nasi akan mengambil masa yang agak lama, lebih kurang 4 -5jam. Lebih-lebih lagi apabila kami membuatnya dengan santai-santai. Proses merebus ketupat pula mengambil masa selama 4 jam dan selepas itu ketupat dikeringkan semalaman. 

Jika anda ingin memasak dalam kuantiti yang banyak, tetapkan jadual untuk membuat ketupat terlebih dahulu berbanding dengan juadah yang lain. Kebiasaannya kami mula menganyam daripada pagi atau tengahari dan merebus ketupat pada pukul 6 petang atau selewat-lewatnya jam 8 malam. Jadi tidak adalah kes yang kena berjaga malam untuk mengangkat ketupat atau kes ketupat hangus sebab tertidur.     

Ketupat Bawang

Ketupat adalah menu utama di pagi Raya. Ketupat bawang dimasak menggunakan daun kelapa dan ini memberikan rasa yang unik berbanding dengan nasi impit. Ia dimakan bersama juadah raya lain seperti rendang, kuah kacang, lodeh dan ayam masak merah.
Prep Time2 hrs
Cook Time4 hrs
Tempoh Penyejukan6 hrs
Course: Raya
Cuisine: Malay
Servings: 20

Ingredients

  • 1 ikat Daun Kelapa
  • 1.5 kg Beras (bergantung kepada saiz ketupat) dibasuh

Instructions

Menganyam & Mengisi Ketupat

  • Buang bahagian lidi daun
  • Anyam ketupat dan kemaskan anyaman sehingga rapi (rujuk video untuk cara menganyam).
  • Masukkan beras di dalam ketupat sehingga paras bucu. Kemudian picit di bahagian tengah ketupat (pada garisan di dalam gambar) dan pastikan tidak terasa beras dimelepasi garisan itu. Jika beras berlebihan, keluarkan semula. Jika terkurang, tambahkan sedikit lagi.
    Paras beras untuk ketupat bawang
  • Ketatkan semula anyaman ketupat yang longgar. Ikat 5-10 biji ketupat bersama.
  • Kumpulkan 5-10 biji ketupat. Ikat dan simpulkan dengan ketat. Pastikan simpulan betul-betul ketat supaya ia tidak terungkai ketika direbus.

Merebus Ketupat

  • Dalam periuk yang besar, masukkan air pada paras 3/4 periuk dan rebus air sehingga mendidih. Ini mengambil masa lebih kurang 1 jam bagi periuk yang besar.
  • Setelah air mendidih, masukkan ketupat dan rebus selama 4 jam. Jika air telah berkurangan, tambahkan air semula.
  • Angkat ketupat yang telah masak dan gantungkan semalaman sehingga kering.
  • Belah ketupat kepada 2 atau 4 bahagian dan buang kulitnya.  Hidangkan bersama juadah raya yang lain.

Video

Notes

  • Ketupat boleh digantung di atas grill pintu, ampaian atau di sekeliling bakul. Jika menggunakan penyangkut baju, gantung sedikit sahaja ketupat kerana ia berat.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating