Posted on Leave a comment

Lodeh

Lontong lodeh

Masak lodeh adalah masak lemak sayur-sayuran dan merupakan juadah raya yang popular di negeri Johor dan sekitar. Juadah ini berasal dari Jawa dan ianya dihidangkan bersama lontong (nasi impit berbentuk tiub yang dibalut dengan daun pisang) dan kuah kacang. Bahan-bahan utama adalah pelbagai jenis sayuran dan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti tempe dan tauhu. Ia boleh juga ditambahkan dengan udang atau sotong.

Resipi ini mengguna pelbagai jenis sayur. Oleh kerana pelbagai jenis bahan digunakan, jumlah hidangan akan menjadi banyak. Maka laraskanlah kuantiti mengikut keperluan anda dan elakkan pembaziran. 

Ada sesetengah orang yang sukakan kuah yang sedikit tetapi pekat dan ada sesetengah orang yang sukakan kuah yang cair. Ada juga yang sukakan kuah yang berwarna putih (dimasak tanpa kunyit) dan ada juga yang sukakan kuah berwarna kuning (dimasak dengan kunyit).

Kebiasaannya, kami akan menyediakan bahan-bahan lodeh pada malam raya dan memasaknya di pagi raya sebelum subuh, seawal 4.30 pagi. Ini kerana ia menggunakan santan dan kuah akan cepat basi sekiranya dimasak terlalu awal. Kentang yang telah dipotong akan direndam di dalam air garam supaya ia tidak teroksida bertukar kepada warna perang.

Kebiasaannya pada hari raya peti ais akan penuh dengan pelbagai bahan dan kami tidak dapat menyimpan juadah dalam petis ais. Oleh itu kami akan sentiasa panaskan lauk sepanjang hari untuk mengelakkannya daripada basi. Kebiasaannya kuah lodeh akan mula basi bila tiba waktu petang hari raya pertama.

Lodeh/Lontong

Masak lodeh adalah masak lemak sayur-sayuran dan merupakan juadah raya yang popular di negeri Johor dan sekitar. Juadah ini berasal dari Jawa dan ianya dihidangkan bersama lontong (nasi impit berbentuk tiub yang dibalut dengan daun pisang) dan kuah kacang.
Prep Time1 hr
Cook Time30 mins
Course: Raya
Cuisine: Malay
Servings: 8 people

Ingredients

Bahan A

  • 4 biji Bawang Merah dikupas kulit dan dipotong
  • 4 ulas Bawang Putih dikupas kulit dan dipotong
  • 1/3 cawan Ikan Bilis dibersihkan
  • 2 sudu besar Udang kering direndam selama sejam
  • 3 inci Kunyit hidup dikupas kulit
  • 1 inci Halia dikupas kulit
  • 2 sudu besar 2 sudu besar serbuk kunyit

Bahan B

  • 1 keping Tempe (plastik) atau 2 keping tempe (daun), dipotong kepada 1cm x 3cm
  • 1 biji Terung Panjang dibelah dua dan dihiris serong tebal 1cm
  • 1 biji Kentang dihiris allumete
  • 0.5 batang Lobak Merah dihiris julienne
  • 1 cawan Kubis Bunga dipotong
  • 1 cawan Suhun direndam selama sejam
  • 1 keping Fucuk (sheet)/3 batang fucuk direndam selama sejam & dipotong
  • 1 /2 cawan Cendawan Hitam Kering (woodear mushroom) direndam selama sejam dan dipotong
  • 2 cawan Kacang Panjang dipotong serong
  • 1 cawan Sengkuang dihiris allumete
  • 1 cawan Kubis, dipotong
  • 1 helai Daun Kunyit disimpul
  • 2 batang Cili Merah dihiris
  • 500 ml Santan kotak
  • Garam secukup rasa

Instructions

  • Didihkan air panas (2L)
  • Masukkan Bahan A di dalam pengisar dan sedikit air dan kemudian dikisar menjadi pes.
  • Menggunakan periuk yang besar, hidupkan api sederhana rendah. Tumis pes selama 5 minit. Masukkan sedikit air sekiranya pes terlalu kering. Masukkan tempe, kentang dan terung.
  • Setelah separuh masak, masukkan air yang telah didihkan. Masukkan lobak merah, kubis bunga, fucuk, suhun dan cendawan. Selepas 2 minit masukkan semua bahan-bahan yang lain dan santan. Tambahkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. 
  • Masak selama 5 minit atau sehingga sayur masak tetapi masih lagi rangup. Tutup api sebelum santan pecah. 
  • Hidang bersama lontong/ketupat/lemang dan kuah kacang.

Notes

Anda boleh mengubah bahan-bahan sayur dan protein dalam resipi ini mengikut citarasa anda atau berdasarkan bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating