Posted on Leave a comment

Nasi Biryani Muar

Nasi Biryani Muar

Nasi biryani sesuai dihidangkan untukkan majlis khas, keraian, atau kenduri kendara.  Resepi ini dihidangkan dengan ayam/daging/kambing masak biryani serta acar atau dalca. 

Resepi adalah resepi rahsia keluarga saya. Ia adalah gabungan daripada cara masakan Muar, Pakistan dan Arab yang terhasil setelah bertahun-tahun membuat penyelidikan, percubaan dan kesilapan. Jutaan terima kasih kepada ayahanda saya, Hamdan bin Mohd Salleh, kerana sudi berkongsikan resepi ini. 

Keluarga saya mempunyai perniagaan katering dan masakan nasi biryani ini memang bestseller di kalangan jiran-jiran dan kami sering mendapat tempahan untuk majlis kenduri kendara.

Nasi Biryani Muar

Prep Time30 mins
Cook Time40 mins
Course: Main Course, Raya
Cuisine: Malay
Keyword: biryani
Servings: 8

Ingredients

Bahan Tumis

  • 0.5 labu bawang besar
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/3 tin susu cair
  • daun ketumbar
  • daun pudina

Bahan-bahan lain

  • 1 kg Beras Basmathi Pusa Gold 
  • 2 sudu besar minyak sapi (ghee)
  • 1 sudu besar Pewarna kuning telur
  • Kismis pilihan

Instructions

Rendam Nasi

  • Cuci beras sehingga air menjadi jernih dan rendam selama 30 minit.
  • Toskan nasi dalam raga untuk membuang semua air. 
    Nasi Biryani Muar - Toskan beras

Tumis Rempah

  • Hiris nipis bawang besar dengan ketebalan 2mm.
  • Panaskan periuk dengan api sederhana. Goreng bawang besar yg telah dimayang. Masukkan rempah 4 sekawan, biji pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
  • Setelah bawang goreng menjadi keperangan, masukkan sedikit bawang putih dan halia yang telah ditumbuk atau dikisar

Tanak Nasi

  • Sukat air untuk menanak nasi, dengan nisbah 1:1. Jika menggunakan 4 cawan beras, maka gunakan 4 cawan air. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan garam, gula dan susu cair. Pastikan rasa garam mencukupi. 
    Nasi Biryani Muar
  • Hidupkan api atau tekan butang 'Cook' jika menggunakan periuk nasi elektrik. Setelah air mendidih, masukkan beras yang telah direndam tadi.
  • Setelah air kering dan nasi masak, masukkan minyak sapi, rempah tumis dan renjiskan sedikit pewarna supaya nasi nampak menarik.
    Nasi Biryani Muar
  • Taburkan bawang goreng, kismis, daun pudina dan ketumbar. Tutup semula periuk dan biarkan selama 5 minit.
    Nasi Biryani Muar
  • Gaul rata nasi. Tutup api atau tutup suiz tenaga eletrik jika masak menggunakan periuk nasi elektrik. Tutup semula periuk dan biarkan selama 10 minit.
    Nasi Biryani
  • Hidang bersama lauk dan dalca/acar rampai.
    Nasi Biryani Muar

Notes

  1. Sekiranya anda memasak biryani ayam/daging pada masa yang sama, anda boleh tumis rempah lebih sedikit, anggaran sebanyak 1 senduk, untuk digunakan untuk memasak nasi. Oleh itu, anda tidak perlu menumis rempah dua kali.

Resepi Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating