Posted on Leave a comment

Rendang Ayam

Rendang merupakan salah satu masakan wajib pada hari raya untuk rakyat Malaysia. Ia dihidangkan bersama ketupat, lemang ataupun nasi. Terdapat pelbagai jenis dan warna rendang. Yang berwarna kuning menggunakan kunyit, yang berwarna merah menggunakan cili kering, yang berwarna hitam menggunakan kicap tetapi rempah asas adalah sama tetapi mungkin ditambah lagi dengan rempah lain seperti serbuk kari, ketumbar, jintan manis dan jintan putih. 

Resepi rendang ini menggunakan kedua-dua cili kering dan kunyit serta serbuk kari dan kuantiti hanya untuk sekali makan. Untuk raya, gandakan kuantiti kepada 2 atau 3 kali ganda sekiranya anda bercadang untuk makannya sepanjang hari pada raya pertama. Rasa rendang akan menjadi lebih sedap sekiranya ayam diperap terlebih dahulu dengan bahan kisar. Tetapi sekiranya anda kesuntukan masa, cukup sekadar dengan menumis bahan kisar dan rasa akan diserap ke dalam ayam setelah beberapa jam rendang dimasak. 

Kebiasaannya saya menumis rempah menggunakan kuantiti minyak yang sedikit. Anda boleh ubahsuai kuantiti minyak mengikut kebiasaan anda. Untuk rendang versi yang lebih sihat, kurangkan penggunaan minyak semasa menumis serta gantikan santan dengan 1/2 tin susu cair. 

Rendang boleh dimasak sehingga kering atau sedikit berkuah bergantung kepada citarasa masing – masing.masing.

Rendang Ayam

Rendang merupakan salah satu masakan wajib pada hari raya untuk rakyat Malaysia. Ia dihidangkan bersama ketupat, lemang ataupun nasi.
Prep Time1 hr
Cook Time45 mins
Masa Perapan4 hrs
Course: Raya
Cuisine: Malay
Keyword: raya, rendang
Servings: 8 orang

Ingredients

Bahan-bahan Kisar

  • 20 tangkai Cili kering dipotong, dibuang biji dan direndam dalam air panas sehingga kembang
  • 2 labu Bawang besar
  • 6 ulas Bawang putih
  • 2 inci  Kunyit hidup
  • 4 batang Serai dihiris nipis
  • 3 inci Halia
  • 3 inci Lengkuas dipotong
  • 3 biji Buah keras

Bahan-bahan Tumis

  • ½ cawan Minyak
  • 2 batang Kayu manis
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 5 biji Buah pelaga
  • 5 batang Bunga cengkih

Bahan-bahan Lain

  • 1 ekor Ayam dipotong 12
  • 4 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 2 batang Serai diketuk
  • 500 ml Santan kotak
  • 2 helai Daun kunyit dihiris halus
  • 1 keping Asam keping
  • 4 keping Daun limau purut dicarik
  • 2 sudu besar Kerisik
  • cawan Gula melaka/gula merah 
  • Garam secukup rasa

Instructions

  • Masukkan Bahan-bahan Kisar di dalam pengisar dan tambahkan sedikit air. Kemudian dikisar sehingga halus.
  • Gaul ayam dengan bahan-bahan kisar, serbuk kari dan serbuk kunyit beserta sedikit garam. Perap selama sekurang-kurangnya 4 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam, kemudian teruskan ke langkah 3-a. Jika kesuntukkan masa, bolehlah melangkau langkah ini dan terus ke 3-b. 
  • Hidupkan api sederhana rendah. Masukkan minyak ke dalam kuali yang besar. Apabila minyak sudah panas:
    a. Masukkan ayam telah diperap berserta rempah yang berlebihan
    b. Masukkan Bahan Kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam. 
  • Masukkan asam keping, serai yang diketuk dan daun limau purut. Tutup periuk dan masak selama 20 minit. Tambahkan air sekiranya kuah menjadi kering. 
  • Masukkan daun kunyit. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Jika rempah mengambil masa yang lama untuk masak, keluarkan ayam terlebih dahulu untuk mengelakkanya hancur.
  • Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Kemudian masukkan semula ayam, kerisik. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul rata dan masak selama 5 minit lagi dan bolehlah ditutup api.
  • Hias dengan hirisan daun kunyit dan hidangkan bersama ketupat, nasi impit atau lemang

Notes

  • Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah sehingga menjadi pekat.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating