Posted on Leave a comment

Rendang Daging Bulgogi

rendang daging

Resepi ini menggabungkan masakan rendang dan masakan bulgogi daripada Korea.  Secara tradisi keluarga saya akan memasak rendang daging dengan kicap dan rempah-rempah tetapi saya telah menggabungkannya dengan cara perapan Bulgogi.

Bahan rahsia dalam resepi ini adalah penggunaan buah seperti pear (gong, nashi, gold, forelle, Anjou atau kultivar yang lain) atau epal merah kerana ia mengandungi enzim yang boleh melembutkan daging dan ia tidak akan mengubah rasa masakan.  Semakin ranum buah itu, semakin manis dan sedap rasanya. Saya juga pernah memerap daging menggunakan nenas atau buah oren, tetapi masakan akan mempunyai rasa oren atau nenas. 

Kebiasaannya saya hanya mengambil masa 30 minit untuk memasak rendang menggunakan resipi ini kerana daging lembut dengan senang sekali. Rasanya juga cukup sudah cukup sedap jika dimasak tanpa santan, sesuai untuk sesiapa yang inginkan cara masakan yang lebih sihat. 

Saya sukakan rendang yang agak berkuah sedikit. Sekiranya anda sukakan rendang yang betul-betul kering, bolehlah masak lama sedikit sehingga kuah menjadi pekat dan kering.

Rendang Daging Bulgogi

Resepi ini menggabungkan masakan rendang dan masakan bulgogi daripada Korea.  Secara tradisi keluarga saya akan memasak rendang daging dengan kicap dan rempah-rempah tetapi saya telah menggabungkannya dengan cara perapan Bulgogi.
Prep Time1 hr
Cook Time30 mins
Masa Perapan8 hrs
Course: Raya
Cuisine: Malay
Keyword: raya
Servings: 8

Ingredients

Bahan-bahan Kisar #1

  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 1 biji pear atau epal dipotong
  • 1 cawan kicap lemak manis

Bahan-bahan Kisar #2

  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih

Bahan-bahan Tumis

  • 4 sudu besar minyak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga

Bahan-bahan Lain

  • 1 kg 1kg daging dipotong dengan urat melintang, dihiris nipis (anggaran 0.5 cm tebal x 4cm panjang x 3cm tinggi )
  • 6 batang serai bahagian akar dihiris nipis & dikisar
  • 2 inci lengkuas muda dihiris nipis & dikisar
  • 250 ml santan kotak
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai, diketuk
  • 4 keping Daun limau purut, dicarik
  • 1/3 cawan gula melaka/gula merah 
  • 2 helai daun kunyit, dihiris halus
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Instructions

1. Perap daging

  • Masukkan semua Bahan Kisar #1 ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. 
  • Perap daging dengan bahan Kisar #1 semalaman atau sekurang-kurangnya 6-8 jam.

2. Sangai Rempah

  • Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan dan sangai (pan-roast) Bahan Kisar #2. Kacau sehingga naik aroma dan tutup api.
  • Kisar bahan sangai menggunakan pengisar kering (dry mill) sehingga halus.

3. Masak Rendang

  • Panaskan kuali dengan api sederhana rendah. Masukkan minyak dan tumis bahan tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga) sehingga naik bau. 
  • Masukkan serai, lengkuas, perapan daging (termasuk rempah perapan), limau purut dan asam keping. Masak selama 30 minit sehingga daging lembut dan kuah sudah kering.
  • Masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  • Masukkan kerisik, garam, dan gula merah (jika perlu). Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.
  • Hidang bersama juadah raya yang lain.

Notes

  • Jika anda takut daging menjadi hancur, boleh keluarkan daging yang sudah masak dan masak kuah sehingga menjadi pekat.
  • Sekiranya anda mahukan rasa ala Bulgogi, tambah sedikit minyak bijan (0.5 sudu kecil) dan taburkan bijan
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating